PAKEJ PERCUTIAN BORNEO

Troli Anda

Troli anda kosong pada masa ini

4H3M KK KUNDASANG (1 DAY FREE & EASY) (GROUND ARRANGEMENT FIT- 1 NIGHT KUNDASANG)

0 Sold

0 (0 rating)

Stok:

RM 0.00

Kuantiti

  • urcara Program

HARI 1: KUALA LUMPUR- KOTA KINABALU

Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Anda akan dijemput oleh wakil syarikat dan bergerak ke Menara Yayasan Sabah (juga dikenali Menara Tun Mustapha). Kemudian melawat ke Masjid Terapung yang terkenal kerana kelihatan seolah terapung dipermukaan air. Selepas itu, bertolak terus ke Kundasang (2 jam). Singgah sebentar di Pekan Nabalu sebelum ke Kinabalu National Park untuk bergambar berlatarkan Gunung Kinabalu. Lawatan diteruskan ke Poring Hotspring & pengalaman Canopy Walk di hutan Kinabalu. Akhir sekali, anda akan merasakan pengalaman spa ikan semula jadi di sungai Marakau Fish Spa sebelum check in di penginapan di Kundasang.

HARI 2: KUNDASANG-KOTA KINABALU (SP)

Sarapan pagi. Anda akan dibawa melawat Desa Cattle Farm yang dipanggil New Zealand Sabah kerana pemandangannya. Seterusnya, melawat ke Sosodikon Hill untuk menyaksikan pemandangan 360 darjah Kundasang sebelum bertolak semula ke Kota Kinabalu. Sebelum tiba di Kota Kinabalu, singgah sebentar di Jambatan Tamparuli yang merupakan ikon lagenda & cerita rakyat masyarakat Sabah dan akhir sekali, menikmati pemandangan matahari terbenam di Tanjung Aru. Makan malam Seafood di Todak Seafront (optional). Daftar masuk di penginapan.

HARI 3:  KOTA KINABALU (SP)

Sarapan pagi dan aktiviti bebas. Anda juga boleh pilih untuk optional tour untuk perjalanan seharian anda.

HARI 4: KK – KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi. Daftar keluar penginapan dan anda akan dibawa ke Pasar Filipin serta Jamilah Jewellery untuk pembelian cenderamata sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu

Jadual perjalanan tertakluk kepada perubahan dan pindaan.